Thursday, March 31, 2011

Apa Suami Perlu Buat Jika Isteri Tidak Puas

Salam 1Malaysia

Kali ini saya hendak berkongsi cerita isteri tidak puas diranjang kepada anda,

Berikut adalah cerita dari seorang isteri yang berasal di Kuala Lumpur:

“Saya seorang wanita berstatus isteri berusia 30 an bekerja dalam sektor perbankan dan suami berusia akhir 30 an, dia seorang eksekutif pemasaran, kami mempunyai dua orang anak, lelaki dan perempuan.

Sepanjang tujuh tahun perkahwinan, saya tidak menikmati kebahagiaan dan kenikmatan dalam hubungan suami isteri. “Kami sentiasa sibuk dengan urusan sendiri, hinggakan tidak ada ruang waktu untuk kami bersenda gurau. Suami tidak begitu memperdulikan saya dan urusan rumah tangga. Suami saya kurang memberi perhatian kepada saya terutamanya dalam hubungan komunikasi, kewangan, kasih sayang dan masa. Segala-gala urusan rumah tangga terletak di bahu saya.

Kini kami saling menyayangi dan saya rasa bahagia kerana dia sentiasa mengambil berat dan memahami masalah saya, tetapi sampai bila hubungan kami akan berakhir saya sendiri tidak tahu ”


Bukan seorang dua wanita yang menghadapi masalah seperti cerita wanita di atas, tetapi ramai isteri mengakui bahawa mereka bosan, tidak puas dan kurang mendapat perhatian dari suami, sehingga ada di kalangan mereka menjalin hubungan dengan lelaki lain untuk mendapatkan kepuasan dan perhatian insan begelar lelaki. Jika situasi sebegini bagaimana cara untuk mengatasinya?

Tentu sahaja mengatasi masalah dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain hanya mengundang risiko dan ia jelas menyalahi agama dan boleh memberi tang-gapan buruk terhadap wanita itu sendiri.

Risiko lain yang mungkin terjadi ialah bila suami atau isteri lelaki mengetahui hubungan anda. Sebelum hu-bungan terlarang berlanjutan, hentikan segera hubungan dan cari jalan bagaimana mengatasi masalah dengan suami secara terbuka, penuh diplomasi agar hubungan yang dingin tidak terus dingin.

Apa yang perlu, sebagai wanita dan isteri, anda harus bersedia untuk berbincang, sedia bertolak ansur, dikritik. Masa yang sama anda juga harus tegas menyuarakan hak anda sebagai isteri demi-oienjalin semula keharmonian rumah tangga yang semakin lesu.



Apa perlu dilakukan oleh isteri :

1- Perbaiki kelemahan diri, kenal pasti apa kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri sehingga suami sentiasa tiada masa untuk bersama anda dan kelat di rumah serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

2- Kenalpasti apa faktor menolak yang ada di rumah sehingga dia terlalu sibuk dengan kerja dan kerjayanya di luar.

3- Bersedia untuk berbincang, jika suami tidak memulakan, anda boleh mulakannya, tetapi gunakan pendekatan yang tidak menyemarakkan lagi kemarahan-nya atau menyebabkan suami enggan berbincang.

4- Bersedia untuk dikritik dan bersedia mempertahankan diri.

5- Tidak mencari kesilapan sesiapa, sebalik mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.

6- Segera berdamai, jika sudah mencapai kesefahaman.

7- Saling memaafkannya dan tidak mengungkit cerita lama.

Apa perlu dilakukan oleh suami:

1- Apabila isteri ajak berbincang, itu tanda hubungan anda dengannya ada masalah. Maka beri peluang dan bersedia berbincang dengannya dalam keadaan yang tenang bukan tertekan.

2- Segala keluhan dan rasa tidak puas hati itu adalah tanda isteri menyayangi anda bimbang jika anda berterusan dingin terhadapnya itu boleh meretakkan hubungan suami isteri.

3- Sedia ditegur dan mengubah perlakuan jika untuk kebaikan bersama.

4- Jika tidak setuju, beri alasan munasabah dan jangan menyalahkan isteri. Sebaliknya beri cadangan yang lebih realistik yang boleh diterima.

5- Jika sedia berubah, jangan mengulangi perlakuan yang tidak disukai pasangan.

Monday, March 28, 2011

Payudara Besar n Tegang

Ramai yang bertanya kami bagaimanakah inginkan payudara tegang dan besar.Bolehkah hasrat itu tercapai? dan bermacam-macam lagi persoalan.Walaupun saya dah banyak ulaskan perkara ini dalam blog. Tapi mungkin mereka terlepas pandang.
Baiklah, saya akan ulas daripada segi kajian dan penemuan. Antara bahan terbaik unutk membesarkan dan menegangkan payudara adalah herba mirifica dan herba seperti saw palmetto. Mengapa herba ini dikatakan herba yang terbaik disebabkan herba tersebut boleh meransang hormon kewanitaan. Bila hormon kewanitaan dapat diransang,maka pertumbuhan tisu-tisu mamary dapat dibina dengan jaya.
Ramai yang mempunyai payudara yang kecil kerana mereka ini kurang hormon astrogen.jika ini berlaku pertumbuhan payudara akan terencat dan kebarangkalian mereka unutk mempunyai payudara yang besar dan tegang amat tipis.
Gabungan ubat seperti thanyaporn dan firming cream akan dapat mempercepat hormon astrogen tadi dibina dan ini akan menyababkan kelenjar mamary akan terhasil dan terbina dan kejayaan unutk memiliki payudara yang besar dan tegang tidak akan mustahil.
Melalui kajian kami selama 3 bulan gabungan thnayaporn dan firming cream akan mempercepatkan pembesaran dan penegangan payudara.

Thursday, March 3, 2011

Masalah Penyakit Keputihan Wanita

Keluar keputihan berketul-ketul

SAYA sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah saya adalah di bahagian alat sulit.
Sejak beberapa bulan lalu, saya sudah lama tidak bersetubuh dengan suami kerana kami tinggal berjauhan dan bekerja.
Bulan lalu saya balik ke kampung untuk menyambut musim perayaan bersama keluarga.
Satu malam selepas bersetubuh dengan suami, saya rasa gatal di luar faraj, tidak lama kemudian ada keputihan yang mengalir keluar berketul-ketul.
Bagaimana caranya untuk saya menghindari masalah ini daripada terus gatal dan menghentikan ketulan putih itu?
ANGELA,
Kuala Lumpur

LELEHAN dari faraj yang berkait dengan kegatalan lazimnya petanda jangkitan kuman pada kawasan faraj.
Geselan yang berlaku sewaktu hubungan seks boleh memindahkan kuman sama ada dari permukaan kulit bahagian kemaluan suami, atau dari permukaan kulit berhampiran kemaluan anda sendiri
Sekiranya benar, rawatannya adalah secara ubat jangkitan, bergantung kepada jenis kuman berkenaan.
Doktor anda akan memberikan ubat antikulat atau antibiotik terlebih dahulu sementara menunggu hasil keputusan ujian makmal.
Ujian yang dimaksudkan adalah ujian kultur sampel yang diambil dari dalam faraj, bukan sahaja jenis kuman dapat diketahui malah jenis ubat yang sesuai turut disarankan.
Setelah sembuh, untuk mengelakkan jangkitan sedemikian, anda boleh mengamalkan langkah penjagaan bahagian kemaluan dengan mengesatnya dari hadapan ke belakang setelah membuang air kecil atau besar.
Anda juga boleh bertukar kepada pakaian dalam yang dibuat daripada kain kapas (mudah menyerap peluh), lebih kerap menyalin pakaian dalam, meminum air mencukupi dan tidak mencuci sehingga ke dalam faraj kerana perubahan pada kawasan ini sebaliknya boleh mengundang jangkitan kuman baru pula.
Harian Metro

Produk yang kami syorkan minum/makan minyak kelapa dara n sapu losyen kamar sutera maklumat lanjut tentang produk sila klik sini